Aku punya diam
Aku punya sukalah
Biarlah kau nak cakap apa
Tapi sekali kau buat hati aku panas
Panas yang boleh meletup
Ia akan membuat kau teringat sampai bila-bila
Kerana kata-kata aku bukan sekadar luahan
Ianya kata-kata yang tajam menikam jiwa
Ada masanya
Dalam hati aku berkata
"Hati mohon tabah
Mulut tolong senyum
Aku tak nak dipandang lemah
Kerana aku ada hidup
Hidup yang aku perlu diteruskan
Dan impian aku
Impian yang terbang tinggi untuk aku capai
Tapi jika kau tak suka aku
Tolong angkat kaki kau dan pergi
Pergi dari hidup aku"