Friday, August 10, 2012

Kenangan Bersamamu, Wahai Sahabatku!

Sahabat
bila aku bersendirian
aku seringkali teringat
teringat masa kita bersama-sama
menjalani kehidupan sebagai pelajar
suka duka
susah senang
yang kita lalui bersama
kadang-kadang telah mengusik hati dan perasaan aku
aku sangat rindukan
masa kita bersama
aku bagaikan terasa
masa sangat mencemburui kita ketika itu
sampai kita tidak perasan
masa berlalu dengan begitu pantas
sehingga membuatkan aku rindukan
kamu wahai sahabat

Aku rindukan 
gelak tawa dan kebisingan yang tidak pernah senyap 
cerita-cerita yang hendak diceritakan 
pada yang lain pasti ada setiap hari
dan kerenah serta perangai yang membuatkan
orang lain berasa menyenangkan
tidak lupa juga bila dapat tugasan daripada pensyarah
ada sahaja alasan yang nak diberikan
lebih-lebih lagi bila cuti pertengahan sem dah nak dekat
dan bila dah nak dekat peperikasaan akhir
masing-masing takut dan mengharap
peperiksaan akhir ini habis dengan cepat
bila peperiksaan sudah habis
dan keputusan keluar
ada yang menyesal la
ada yang malu dengan keputusan yang dia dapat
ada yang bersyukur
ada yang sibuk nak tanya yang lain la
macam-macam lagi
dan bila dah kena buat projek akhir
masing-masing dah pening
ada yang dah malas nak buat
ada yang dah nak putus asa
ada yang tidak sabar nak habiskan projek akhir ni
bila dah habis projek akhir
belajar juga sudah tamat
masing-masing seronok
tapi tidak lama lepas tu
masing-masing rindu
masing-masing rasa tidak mahu habis belajar

Kini hanyalah kenangan
kenangan yang hanya 
boleh mengubati rinduku pada waktu dahulu
terhadap kamu
Wahai sahabat!
kenangan yang akan bermain-main
didalam kepalaku sahaja
seperti sebuah cerita atau drama yang tiada suara
tidak akan aku lupakan kenangan yang indah ini
buat selama-lamanya
terima kasih sahabat
kerana telah menciptakan kenangan yang indah untuk diriku.

No comments:

Post a Comment